Bagaimana menjana pendapatan lumayan dengan Bisnes Affiliate?
Bagaimana menjana pendapatan lumayan dengan Bisnes Affiliate?
Secara asasnya, bisnes affiliate mempunyai fundamental yang sama seperti bisnes internet yang lain. Iaitu bagaimana untuk anda buat jualan terhadap produk yang anda promosikan. Bezanya cuma produk yang anda promosikan ini bukanlah produk anda sendiri, tetapi adalah produk orang lain dan anda bertindak sebagai ejen (promoter) untuk produk tersebut. Dan jika anda berjaya menghasilkan jualan, maka anda akan dibayar komisyen.
Ejen affiliate hanya perlu fokus untuk melakukan marketing & sales sahaja. Manakala urusan penghantaran produk & perkhidmatan pelanggan akan dikendalikan oleh pemilik produk. Kerana tidak dinafikan, untuk melayan karenah pembeli ini, tidak semua orang mampu bersabar dan bertahan.
Antara kelebihan Bisnes Affiliate:
- Komisyen yang tinggi iaitu kebiasaannya 50% ke atas untuk produk digital. Manakala 5-15% untuk produk fizikal.
- Tak perlu mengeluarkan kos modal.
- Tak perlu pening kepala untuk mencipta produk sendiri (yang belum tentu produk anda boleh dijual)
- Tak perlu risau proses penghantaran produk kepada pelanggan.
- Tak perlu layan kerenah pelanggan serta melayan Whatsapp & call dari mereka.
- Tak perlu semak dan sahkan pembelian produk.
- Tak perlu kena simpan produk.
Ketahui lebih lanjut tentang Bisnes Affiliate di sini: Affiliate Method